Mood At School

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:33 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...


Selamat petang semua.

Macam mana hari anda dekat sekolah ?? Okey atau tidak ?? Kalau mood Nurul dizzy today.Banyak benda kena fikir sampai terbawa-bawa kat sekolah.Pada kawan-kawan yang sabar melayan kerenah Nurul hari nie thanks sangat-sangat dan kepada yang kena marah tu sorry okey.Bila pergi sekolah nie Nurul rasa semua masalah yang ada dalam kepala seolah-olah ringan sedikit semuanya disebabkan bantuan rakan-rakan seperjuangan.

Awal pagi tu mood Nurul memang gloomy macam gambar kat atas tu tapi bila dah rehat dia mula la start dizzynya.Study kat sekolah tadi pun dah macam orang terpaksa pun ada.Apa cikgu suruh semua buat apa kawan-kawan cakap semua Nurul angguk macam burung belatuk.Bila loceng balik bunyi je KRING !!!!! mood terus berubah jadi chipper punya la tak sabarnya nak balik.Macam tu la rutin budak sekolah macam Nurul nie.

Apa pun thanks sebab sudi baca okey.Nanti kita baca entry seterusnya lagi.Wassalam ...



A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

I Need You

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:49 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...


Sudah lama rasanya tak update blog.Apa khabar semua?Harap semua orang sihat walafiat.

Dugaan demi dugaan yang menimpa diri Nurul membuatkan diri Nurul lemah jatuh tak berdaya.Setiap kepahitan Nurul telan sendiri semata-mata tidak ingin menyusahkan orang lain.Nurul manusia yang kadang-kala lemah seperti ranting.Walaupun Nurul tersenyum tapi semua tu tak bermakna Nurul bahagia dengan apa yang Nurul dapat.Anak mana yang tak terluka bila lihat ibu bapa dia dihina sesuka hati.Sejahat mana pun mereka,mereka tetap ibu bapa kita.Sanggup ke kita tengok ibu bapa kita kena hina?Nurul tahu semua tu hanya dalam alam facebook tapi tak bermakna kita boleh hina orang sesuka hati.

Luka yang sudah ada Nurul cuba rawat sendiri tapi bolehkah kita bangun lagi jika tiada lagi dahan untuk kita berpaut?Nurul dah benar-benar buntu,Nurul tak pasti apa yang perlu Nurul lakukan lagi.Kawan-kawan Nurul hanya mampu beri semangat pada Nurul.Mungkin Allah nak uji Nurul dan Nurul sentiasa berharap jika Allah nak beri ujian pada Nurul biarlah dia sediakan kekuatan juga untuk Nurul hadapi dugaan ini.

Maaf la sebab Nurul buat luahan hati kat sini.Tapi bagi sesiapa yang baca tolonglah berikan cadangan supaya Nurul dapat sembuhkan hati yang sudah bernanah nie.Sampai kita jumpa lagi di entry yang lain dengan cerita yang lebih menarik.Wassalam ....
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^